Dah lame X update blog.....
Dh b'sawang ar plak an.... hehe...
Ok, bgi siapa2 yg mengenali dri ni... msti pelik... Arep+Jiwang = How can???
dah la serabai....
tpi kalini, sengaja saya wat tajuk jiwang... sebab saya juga mempunyai hati dan perasaan
Baiklah, apa itu perasaan.? Selalu kita dengar p'kataan ini. Tpi hakikatnya, sejauh manakah kita memahami maksudnya.
Definisi perasaan ialah suatu pernyataan jiwa, yang sedikit banyak bersifat subjektif, untuk merasakan senang atau tidak senang,dan yang tidak bergantung pada perangsang dan alat – alat indra.
- senang dan tidak senang
- kuat dan lemah
- lama dan tidak lama
- relatif,dan
- tidak berdiri sendiri sebagai pernyataan jiwa.
Tetapi, bagaimanakah dengan perasaan terhadap seseorang itu.. Sebenarnya, amat sukar difahami erti kata "perasaan" ini. Terpulanglah kepada anda semua untuk memahaminya dan merasainya sendiri.
Sebagai contoh, saya pernah ada perasaan pada seorang gadis ni, tetapi sudah lama. Walaubagaimanapun, sampai ke saat ini perasaan ni tidak boleh dibuang. Saya telah cuba, tapi tidak berdaya. Kemungkinan besar saya masih lagi mempunyai perasaan dekat dia.
cuma tuan punya badan sahaja yang tidak tahu. Yang menjadi persoalannya, perlukah berterus terang?
Apa pula katanya nanti??
apa risikonya?
macammana dengan die pula??
Jdi, saya telah menemui jalan buntu. Akhirnya, saya mengambil langkah untuk mendiamkan perkara ini sahaja. Tambahan pula, saya ni pemalu juga orangnya.
Akhir sekali, bagi yang diluar sana janganlah tertekan kerana tekanan perasaan dan jauhkanlah perasaan tidak puas hati kepada sesiapa kerana ia boleh mengundang perkara yang tdak elok.
fikir2kan....